سُبْحَانَ اللهِ وَبِِحَمْدِهِ
وَلاََحَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلاََ بِاالله
مَاشَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَََمْ يَشَاءْ لَمْ يَكُنْ
اَعْلَمُ اَنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
وَاَنًّ اللهَ قَدْ اَحَاطَ بِكّلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Transliteration
Subhanallahi wabihamdihi
Wala haula wala quwwata illa billaahMaasyaa Allahu kaana, wamaa lam yasya’ lam yakun
A’-lamu annallaha ‘alaa kulli syai-in qadiir
Wa annallaha qad aha-tha bikulli syai-in ‘ilma.
Terjemahan
Maha Suci Allah dan segala pujian untukNya
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah
Apa sahaja yang Allah kehendaki pasti akan berlaku, dan apa sahaja yang Dia tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku
Aku sungguh mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu
Dan sesungguhnya ilmu Allah mencakupi.
Hadith Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tarmizi. Menurutnya
Hadith Hasan Ghorib. Menurut Al-Hakim dan Al-Zahaby. Lihat: Syarah Al-Samnah oleh Al-Baghawiy 111/121.
Fadhilat: Siapa yang membaca pada waktu pagi nescaya dia tidak ditimpa musibah hingga ke petang, dan siapa yang membacanya pada waktu petang nescaya Allah tidak akan menimpakan musibah keatasnya hingga waktu pagi.
Diriwayatkan: Seorang sahabat datang menemui Abu Darda’ R.A. untuk memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Abu Darda’ r.a. menjawab: Tidak, rumahku tidak terbakar! Dan Allah tidak akan melakukan perkara itu keatas rumahku, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: (Abu Darda’ R.A. membaca hadith Rasulullah s.a.w. di atas) dan ternyata sesampainya mereka dikawasan kebakaran ternyata rumah Abu Darda’ r.a. tidak terbakar walaupun rumah-rumah sekitarnya terbakar.
Ini diambil terus dari buku kecil Dr. Abdullah Yasin (2003). Wirid Rasulullah s.a.w. Pagi dan Petang. Kuala Lumpur : Al-Furqan Enterprise. Bab Wirid 11.
Ulasan: Sengaja doa ini di pos ke internet sebagai kewajipan menyampaikan ilmu yang telah di ketahui. Mungkin sebagai pilihan alternatif kepada yang berminat. Wirid ini lebih ringkas daripada apa yang ada sebelum ini (iaitu daripada hadith riwayat Thalaq bin Habib, terdapat di dalam Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq, Jilid 4, Bab Doa Pagi dan Petang). Versi yang panjang ini juga boleh didapati dalam Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi; hampir sama dengan apa yang terdapat di Kitab Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) oleh Imam Ghazali, terjemahan Prof TK H Ismail Yakub, Jilid 2, Singapura : Pustaka Nasional; dalam buku Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan Doa Munajat Pilihan susunan Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin & Ustaz Mohamad Subki b. Abdul Rahman (2008), Johor Bahru : Maahad Tahfiz Wal Qiraat, ms 14.
Penyusun Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan Doa Munajat Pilihan telah menuliskan nota kaki untuk Doa Abu Darda' RA seperti berikut: Doa ini dibaca oleh Abu Darda' R.A. setelah meyakini pesanan Rasulullah SAW bahawa pembacanya akan diselamatkan daripada sebarang musibah. Berkat doa tersebut rumah Abu Darda' R.A. diselamatkan daripada terbakar walaupun rumah jiran-jirannya terbakar. Lihat dalam Kanzul Ummal Juz 2 halaman 638.
Selamat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan selamat menyampaikannya kepada orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar