Rabu, 27 Januari 2010

Doa Abu Darda’ R.A.


سُبْحَانَ اللهِ وَبِِحَمْدِهِ

وَلاََحَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلاََ بِاالله

مَاشَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَََمْ يَشَاءْ لَمْ يَكُنْ

اَعْلَمُ اَنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

وَاَنًّ اللهَ قَدْ اَحَاطَ بِكّلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

Transliteration

Subhanallahi wabihamdihi
Wala haula wala quwwata illa billaah
Maasyaa Allahu kaana, wamaa lam yasya’ lam yakun
A’-lamu annallaha ‘alaa kulli syai-in qadiir
Wa annallaha qad aha-tha bikulli syai-in ‘ilma.

Terjemahan


Maha Suci Allah dan segala pujian untukNya
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah
Apa sahaja yang Allah kehendaki pasti akan berlaku, dan apa sahaja yang Dia tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku
Aku sungguh mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu
Dan sesungguhnya ilmu Allah mencakupi.


Hadith Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tarmizi. Menurutnya
Hadith Hasan Ghorib. Menurut Al-Hakim dan Al-Zahaby. Lihat: Syarah Al-Samnah oleh Al-Baghawiy 111/121.

Fadhilat: Siapa yang membaca pada waktu pagi nescaya dia tidak ditimpa musibah hingga ke petang, dan siapa yang membacanya pada waktu petang nescaya Allah tidak akan menimpakan musibah keatasnya hingga waktu pagi.
Diriwayatkan: Seorang sahabat datang menemui Abu Darda’ R.A. untuk memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Abu Darda’ r.a. menjawab: Tidak, rumahku tidak terbakar! Dan Allah tidak akan melakukan perkara itu keatas rumahku, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: (Abu Darda’ R.A. membaca hadith Rasulullah s.a.w. di atas) dan ternyata sesampainya mereka dikawasan kebakaran ternyata rumah Abu Darda’ r.a. tidak terbakar walaupun rumah-rumah sekitarnya terbakar.

Ini diambil terus dari buku kecil Dr. Abdullah Yasin (2003). Wirid Rasulullah s.a.w. Pagi dan Petang. Kuala Lumpur : Al-Furqan Enterprise. Bab Wirid 11.


Ulasan: Sengaja doa ini di pos ke internet sebagai kewajipan menyampaikan ilmu yang telah di ketahui. Mungkin sebagai pilihan alternatif kepada yang berminat. Wirid ini lebih ringkas daripada apa yang ada sebelum ini (iaitu daripada hadith riwayat Thalaq bin Habib, terdapat di dalam Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq, Jilid 4, Bab Doa Pagi dan Petang). Versi yang panjang ini juga boleh didapati dalam Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi; hampir sama dengan apa yang terdapat di Kitab Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) oleh Imam Ghazali, terjemahan Prof TK H Ismail Yakub, Jilid 2, Singapura : Pustaka Nasional; dalam buku Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan Doa Munajat Pilihan susunan Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin & Ustaz Mohamad Subki b. Abdul Rahman (2008), Johor Bahru : Maahad Tahfiz Wal Qiraat, ms 14.

Penyusun Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan Doa Munajat Pilihan telah menuliskan nota kaki untuk Doa Abu Darda' RA seperti berikut: Doa ini dibaca oleh Abu Darda' R.A. setelah meyakini pesanan Rasulullah SAW bahawa pembacanya akan diselamatkan daripada sebarang musibah. Berkat doa tersebut rumah Abu Darda' R.A. diselamatkan daripada terbakar walaupun rumah jiran-jirannya terbakar. Lihat dalam Kanzul Ummal Juz 2 halaman 638.

Selamat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan selamat menyampaikannya kepada orang lain.

Kamis, 14 Januari 2010

Berimanlah dengan Kerasulan Nabi Terakhir

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., ia bersabda: Demi Zat yang jiwa Muhammad ada pada kekuasaanNya, tidak pernah seorang pun dari umat Yahudi dan Nasrani/Kristian yang mati dan tidak beriman dengan Kerasulanku kecuali menjadi ahli neraka. (Hadith Riwayat Muslim).

Rujuk: Maulana Yusuf Kandahlawi (2003). Muntakhab Ahadith. Terjemahan oleh Muhammad Qosim At-timori. Sekupang, Batam : Team Jami’atul Ulum Ar-Rahman.

Ulasan: Kalau masih was-was mengenai apa saja mengenai Islam, jangan sit down and relax. Eloklah benar-benar lakukan penyelidikan untuk lebih mengenali Islam yang telah diutuskan kepada Rasul terakhir kepada semua manusia hingga hari Kiamat nanti. Kajilah, selidilah kerana Islam berdiri diatas hujjah yang kukuh. Bacalah dan bertanyalah pakar-pakar yang ada.

Kalau benar-benar sayangkan SUAMIMU....

BILA LELAKI MENJADI DAYUS? 

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami. 

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali. 

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya. 

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. 

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. 

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- 
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" 
Lebih penting adalah kita melihat adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. 

Awas wahai lelaki beriman...jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. 
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. 

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. 
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda : yg bermaksud:
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1641.0

Ulasan: Ini adalah peringatan untuk makluman diri sendiri dan untuk menyemak amalan diri sendiri BUKAN untuk menilai dan melabelkan orang lain. Eloklah bersama-sama memberikan peringatan yang SERIUS ini sesama kawan-kawan untuk mengelakkan Allah mengurniakan gelaran LELAKI DAYUS itu kepada kita di akhirat nanti. Semoga dijauhkan Allah.